{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru

~SELAMAT HARI GURU, CIKGU!~

Inilah kalimah keramat yang terakhir daripada murid-murid SKDm bersempena Hari guru buat Guru Besar, Cikgu Abdullah b. Omar. Ini kerana beliau akan bersara pada Tahun ini."

Seawal 8.00 pagi murid-murid berkumpul ditempat perhimpunan. Bermula dengan lagu negaraku seterusnya lagu Terengganu dan Lagu Selamat Hari Guru. Guru besar membaca perutusan dari menteri pelajaran dan pk 1 membacakan perutusan daripada jpn. Selepas itu, semua guru mengangkat tangan membaca ikrar bertaat setia dalam menjalankan tugasan mereka.
Gimik dilakukan dengan upacara membelah kek oleh Guru besar dan kedengaran bunyi belon dipecahkan.
 
 
Tamat acara di tempat perhimpunan murid-murid dan guru-guru bergegas ke padang . Acara permainan guru - guru dan guru bersama murid bermula. Antara acara yang dibuat termasuklah Acara bawa bola atas tin, acara mengail selipar, acara pecahkan belon, acara golf gelung , acara bowling tin dan terakhir acara berebut kerusi.
Murid-murid berhenti rehat dan makan. . Selepas rehat bermula acara persembahan dari murid-murid.