{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Tuesday, February 24, 2015

Salam perpisahan Guru besar terdahulu dan Selamat datang Guru besar baru




Seakan baru semalam bersama Guru besar Cikgu Mohamad b. Sulaiman. Belum banyak berkongsi suka duka, beliau terpaksa akur meninggalkan sekolah yang pertama yang di tadbirnya. Dalam ketegasan , ada kelembutannya. Hari ini merupakan hari pertama beliau bertugas di SK Bukit Bayas. Kami mengucapkan jutaan kemaafan dan terima kasih di atas jasa dan khidmat beliau. Selamat bertugas di tempat baru Cikgu. Kenangan bersama cikgu tidak dapat kami lupakan.

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Walau tidak sama dengan yang diganti, Kami menyambut kedatangan GURU BESAR BARU, Cikgu Che Muhammad Nor bin Che Yusoff dengan hati yang terbuka. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kami akan berusaha bersama-sama cikgu meneruskan perjuangan di sekolah ini. Selamat datang GURU BESAR BARU.

Kem Kepimpinan Pengawas dan perkhemahan pengakap

Seawal 7.45 murid berkumpul di dataran perhimpunan untuk taklimat sebelum ke Kem Pengakap Telaga Batin dan Tapak Perkhemahan.

Thursday, February 12, 2015

Pertandingan merentas desa

12 Feb 2015 (Khamis) , Pertandingan merentas desa diadakan untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

Thursday, February 5, 2015

Pelancaran Amalan Guru Penyayang

Pelancaran amalan guru penyayang di buat pada 4 Februari 2015 (Rabu ) bersama  14 Rabiulakhir 1436H.