{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Monday, November 19, 2012

Demam result UPSR

UPSr kali ini menunjukkan sedikit penurunan. Negeri Terengganu menjadi Top "3" di Malaysia. Setelah 11 tahun memegang juara, kali ini Terengganu memberikan tempat kepada Wilayah Persekutuan diikuti Kelantan.

Sk Durian Mas mencatat 3 orang murid yang mendapat 5A.. Semoga Sk Durian Mas mencatat keputusan yang lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

Sunday, November 18, 2012

Thursday, September 20, 2012

SLMT DATANG PK KO BARU

Ketiadaan PK 1 sekolah iaitu Ustazah Aminah Yusoff sangat dirasai setelah beliau berhenti berkhidmat seusia 58 tahun. Namun, tempat beliau digantikan melalui kenaikan pangkat diperingkat sekolah yang mana tempat beliau digantikan oleh PK HEM dan tempat PK HEM digantikan oleh PK Ko. Sepanjang ketiadaan PK KO, PK Ko yang lama iaitu Ustazah Maznah Mohd Zin menggalas tanggungjawab PK Ko dan PK Hem. Dua tanggungjawab yang besar selama 1 bulan. Namun begitu dia menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sepenuh hati.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya datanglah
 Cikgu Mohd Lutfi b. Ismail telah datang melaporkan diri di Sk Durian Mas menggalas tanggungjawab sebagai PK Ko. Beliau berpindah dari SK Telemong ke sini. Semoga kedatangan PK Ko dapat meningkatkan lagi program kokurikulum sekolah serta dapat membawa perubahan-perubahan yang lebih baik lagi dalam bidang tersebut. InsyaAllah!



Tuesday, September 11, 2012

UPSR

Hari ini adalah hari peperiksaan besar bagi semua murid Tahun 6. Tidak tahulah apa perasaan murid-murid yang menjawab peperiksaan.

Apa yang pasti, guru-guru yang mengajarlah yang paling berdebar. Sehinggakan tertinggal beg sekolah anaknya. Debarnya melebihi saat dia menempuh ujian dulu. Almaklum, UPSR lambang hasil didik seorang guru. Berjaya muridnya, berbaloi rasanya hasil titik peluhnya selama ini..

Walau apa pun, kepada semua murid UPSR terutamanya murid SK Durian Mas, buktikan kamu boleh mencapai 5A. Jangan biarkan usaha gurumu, penat lelah gurumu selama ini menjadi sia-sia.. Selamat maju jaya dan Semoga tuah menjadi milikmu..

Gb sekolah yang sedang berada di wad. Cikgu janganlah terlalu bimbang. InsyaAllah, semua anak-anak Sk Durian Mas mencapai kejayaan. Semoga mencapai target sekolah, bilangan 5A ditingkatkan lagi.. Amin.

Wednesday, September 5, 2012

Sambutan Raya Aidilfitri sekolah

Sambutan Raya
Tarikh : 8 Ogos 2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan Terbuka Sekolah
Kehadiran: Semua warga sekolah dijemput hadir

Tuesday, July 17, 2012

Kibar jalur gemilang

Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk menyambut kibar jalur gemilang.


Sunday, July 15, 2012

Demo kebakaran di sekolah

Loceng dibunyikan kira-kira pukul 10.30 pagi, loceng dibunyikan berpanjangan diikuti bunyi siren yang dilakukan oleh 2 orang pasukan bomba yang  bertugas.

Semua murid dan staff berlari turun ke padang.  Mereka berkumpul di satu tempat. Pegawai bomba bertugas memberikan sedikit penerangan berkenaan kebakaran.

Tidak lama kemudian, pegawai bomba bertugas membuat demo memadamkan api jika berlaku kebakaran. Bermula daripada cara menggunakan alat pemadam api hinggalah cara memadamkan api, guru dan murid mencuba memadamkan api yang sedang marak.



Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik 1M1S1M

Seawal 7.30 pagi murid-murid berkumpul di padang....


Monday, July 2, 2012

Aktiviti Perkhemahan antara Persatuan*(3-5Jun 2012)

Perkhemahan ini diadakan di Padang Sekolah Durian Mas, Manir. Antara persatuan yang terlibat termasuklah Persatuan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Tunas Puteri. Usai persekolahan, murid-murid terus bersiap-siap untuk ke tapak perkhemahan.  Pukul 2 ptg, semua murid yang terlibat telah pun berada di padang sekolah.

Pada pukul 5petang, semua khemah sudah pun siap dipasang. Meskipun cuaca mendung, hujan tidak pula turun. Hal ini, memberi peluang kepada peserta bagi menjalankan aktiviti perkhemahan dengan lancar. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari perkhemahan termasuklah persembahan dan pertandingan. Ustaz-ustaz yang berbeza diundang bagi

27 Jun-Olahraga tahunan 2012

Hari olahraga sekolah kali ke -16 diadakan pada 27 Jun 2012.. Pelbagai acara dipertandingkan, dan berakhir .dengan perarakan antara rumah.

Keputusan akhir olahraga sekolah adalah seperti berikut.
Merah -4
Rumah Hijau 1.
Rumah biru kuning nombor 2,





Cambridge Test

Semua  guru Bahasa Inggeris terlibat untuk mengambik Cambridge Test. Seramai 4 orang guru yang dari Sekolah Durian Mas  yang menduduki peperiksaan tersebut di Bilik Mesyuarat.

Dari kiri: Cikgu Tengku Hasnah, Cikgu Zalipah, Cikgu Fatimah Huraizah dan Cikgu Zaiton  Aboo..

Soalan yang ditanya adalah berbeza antara setiap guru.

Sunday, June 10, 2012

Kem Hala tuju UPSR(3 – 5 Jun)



Kem Hala Tuju UPSR diadakan di Kem Telaga Batin. Kem ini diadakan diluar sekolah kerana ingin mencipta kelainan tempat belajar bagi pelajar-pelajar.

Seramai 7 penceramah dijemput bagi memberikan tunjuk ajar dan motivasi kepada murid-murid. Guru-guru sekolah turut memainkan peranan bagi mengajar di kem tersebut.

Kem berjalan selama 3 hari memakan belanja sebanyak RM 1620(yuran+ sekolah)penginapan shj, pengankutan sumbangan Ais Consultant( ditaja), makan(___).

Semoga dengan adanya kem ini, dapat menambahkan lagi ilmu dan semangat murid-murid dalam menghadapi peperuiksaan UPSR kelak.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat hari Guru

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan.

Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu!

Thursday, February 23, 2012

Aktiviti gontong-royong

Pada hari ini, 23 Februari 2012, gontong -royong diadakan di sekolah Kebangsaan Durian Mas, Manir, K.Terengganu. Kawasan-kawasan yang terlibat termasuklah semua kelas dan laluan-laluan utama.

Semua guru kelas diberi tanggungjawab untuk memantau aktiviti murid-murid bagi kelas masing-masing. Malahan guru-guru turut terlibat sama dalam menjayakan aktiviti tersebut



Gambar gontong -royong



Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidul Rasul

Semua murid diminta berkumpul di Dataran Perhimpunan dengan sepanduk mengikut kekreatifan masing-masing. guru-guru membahagikan kertas untuk panduan murid apabila perarakan bermula.

 Video selawat


Wednesday, February 8, 2012

Majlis Temu Murni

Majlis Temu Murni diadakan diantara guru dengan ibu bapa pelajar pada hari ini iaitu pada 8 Februari 2012(Rabu) dengan pendaftaran pada pukul 9.00 pg.
Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah bagi mendengar sedikit sebanyak taklimat berkenaan peningkatan akademik pelajar berdasarkan peperiksaan TOV yang baru saja dilalui oleh murid tahun 6 beberapa minggu yang lepas.


Seawal 9.00 pg, ibu bapa dijemput ke bilik tayangan bagi mendengar ucapan guru besar , motivasi, pembentangan target dan laporan program-program oleh guru yang berkenaan. Di samping itu, penyampaian hadiah dan sijil turut diberikan kepada beberapa pelajar target supaya menjadi motivasi bagi menambahkan semangat  belajar di dalam diri murid-murid tersebut.Sekitar pukul 11.00pg, murid-murid dikehendaki membuat lafaz ikrar murid dan Tanggunjawab diikuti tandatangan kad Tov oleh ibu bapa.



 Ibu bapa dijemput ke jamuan kecil-kecilan yang diadakan bagi meraikan kehadiran ibu bapa dan majlis bersurai sekitar pupkul 12.00 tengahari.

Thursday, January 19, 2012

LARIAN MERENTAS DESA

Seawal 8.15 pg, guru-guru dan pelajar mula berkumpul di dataran perhimpunan untuk pemanasan tubuh sebelum acara merentas desa. Cikgu Zalipah Awang selaku konduktor mengetuai pelajar dalam pemanasan badan tersebut.
Sementara itu, untuk pelajar tahun 1 dan pra  diadakan pertandingan mewarna. Pelajar mewarnakan kertas yang bertemakan  sukan.

Pemanasan badan sebelum larian merentas desa

..................................................
Pertandingan mewarna pelajar pra dan darjah 1


..................................................
Juri menanti kehadiran para pemenang

........................................

<................................

Tuesday, January 10, 2012

Hari perjumpaan kokurikulum

Kelas petang fardhu ain tidak diadakan pada hari ini, kerana diadakan perjumpaan kokurikulum.Perjumpaan ini membincangkan tentang kemasukan ahli baru dalam kelab dan persatuan.

Dalam perjumpaan ini juga membincangkan tentang merentas desa. Hari akhir merentas desa adalah pada 19 Januari 2012. Sebanyak 4 kategori dipertingkan iaitu tahap 1, tahap 2 , lelaki dan perempuan. Aktiviti merentas desa sedang diadakan sekarang dan kita nantikan keputusannya pada 19 Januari nanti.

BERSAMA TINGKATKAN KUALITI SUKAN.