{-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020"Today is a gift, do not waste this day for a better tomorrow!"- }

Wednesday, November 26, 2014

Pengumuman Keputusan UPSR



Hari ini 26 Disember merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. Cikgu Hilmi dan Cikgu Zakaria ke SK SS2 bagi mengambil keputusan tersebut.




Seramai 3 orang murid mendapat 5A daripada 36 orang calon dan seramai 6 orang murid mendapat 4A, 1B (peningkatan 5.86%) berbanding tahun lepas. Lulus minimum C juga meningkat sebanyak 13.14 % kepada 86.11% berbanding 72.97% pada 2013. Apa yang lebih membanggakan ialah Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat dari 2.18 ke 2.01 - peningkatan sebanyak 0.17.



Tahniah kepada semua guru dan murid-murid yang berjaya. Semoga beroleh kejayaan yang lebih cemerlang di tahun-tahun yang mendatang.

Thursday, November 6, 2014

MAJLIS ASYURA DAN PROGRAM MEMBACA




Pada 6 November 2014 , sekolah telah mengadakan Majlis mengacau bubur Asyura dan program membaca 1Malaysia. Majlis dimulakan seawal 7 pagi. Guru-guru mengambil tugasan masing-masing bagi mengawal 2 program sekaligus. Orang-orang kampung dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis.







Selain itu, kuiz dan ceramah sempena Maal Hijrah turut diadakan yang mana dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Yazi b. Omar. Selepas aktiviti ceramah dan kuiz, pengagihan bubur Asyura dimulakan kepada murid-murid dan semua yang terlibat.

Thursday, October 9, 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN




7 Oktober 2014, sambutan Hari raya diadakan di SK Durian Mas. Antara yang terlibat termasuklah PIBG SK Durian Mas, JKK Kg Durian Mas, dan JKK Kg. Tualang.
Seawal 6.30 pg, seekor lembu yang disumbangkan oleh YAB Dato Ahmad Razif b. Abd. Rahman(MB Trg) telah disembelih oleh beberapa orang yang terlibat.


Thursday, August 7, 2014

Sambutan Raya peringkat sekolah SKDMKT 2014




Pada 7 Ogos 2014 iaitu Hari Khamis Sekolah Kebangsaan Durian Mas telah mengadakan sambutan raya 2014. Pelbagai persembahan diadakan dan majlis perpisahan guru dan kakitangan urut diadakan sebagai selingan majlis.


Staff membuat persembahan



Majlis diikuti dengan pembahagian hadiah daripada wakil murid kepada guru yang dirai serta disusuli dengan ucapan yang dirai (Pn. Salawati bt Abas) kepada murid-murid SKDMKT. Wakil daripada PPd dijemput makan di Kantin sekolah. Guru-guru praktikal membuat ucapan terakhir sempena hari terakhir mereka di SKDM sepanjang 4 bulan.

Thursday, July 24, 2014

Majlis pembahagian duit raya dan bersalam-salaman


Bermula pukul 8.30 pagi , majlis khatam Al-Quran , penyampaian hadiah, taddarus dan hafazan diadakan di surau skolah.


Ibu bapa hadir memenuhi undangan guru ke sekolah dan majlis dimulakan dengan bacaan doa. , seterusnya ucapan pengerusi PIBG  dan diikuti dengan ucapan Guru Besar.

Majlis menjadi lebih rancak dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada murid miskin dan yatim. Ibu bapa bersama kesemua anak-anak tampil ke hadapan menerima sumbangan.. Kemudian pembahagian duit raya bermula dengan murid miskin dan yatim diikuti penyampaian duit raya kepada semua murid sekolah.

Akhir sekali, murid-murid beratur bersalam-salaman dengan semua guru dan diikuti sesama guru... Semoga Ramadhan yang kita tinggalkan mampu mengubah diri kita menjadi yang lebih baik serta istiqomah dalam melaksanakan ibadah meskipun memasuki bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. InsyaAlllah!


~ADMIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA~

Tuesday, July 22, 2014

RAMADHAN AL-MUBARAK




Untuk mengisi malam Lailatul Qadar,Rasulullah dan para sahabat melakukan  beberapa amalan seperti berikut: -



a) Mandi, berpakaian indah dan memakai harum-haruman.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu.




b. Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.




c. Memperbanyak doa.
Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.


Dalam kita menyambut Ramadhan yang bakal meninggalkan kita dan menyambut kedatangan Syawal, sama-samalah kita mendoakan Saudara kita di Palestin dan sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa MH17. Semoga Islam diberikan kemenangan oleh Allah S.W.T dan memberikan kekalahan kepada KAFIR LAKNATULLAH!

Tuesday, June 17, 2014

Kem Motivasi Murid-murid SKDM

Bermula 17 Jun 2014, satu kem motivasi diadakan secara berperingkat bermula daripada Tahun 1 - Tahun 6. Pemotivasi, Cik Nor Asyima' bt Muhammud menekankan berkenaan kebersihan sekitar sekolah, kekemasan murid, beberapa nyanyian sekolah.





Monday, May 19, 2014

Sambutan Hari Guru SKDM 2014

18 Mei 2014, Ahad, telah diadakan satu sambutan Hari Guru peringkat sekolah di dewan terbuka SKDM. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah ' Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi'. Sambutan pada kali ini dimeriahkan dengan permainan sukaneka di sebelah pagi  dan diserikan lagi dengan persembahan pentas oleh wakil murid-murid serta persembahan dari guru-guru juga. Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan untuk diabadikan dalam blog ini.

Tuesday, April 22, 2014

Perkhemahan 2014

Pada 17-19 April 2014, diadakan perkhemahan di Tapak Perhimpunan  SK Durian Mas, K.Terengganu. Cuaca pada hari perkhemahan sangat baik dan melancarkan perjalanan aktiviti tersebut.Perkhemahan melibatkan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Antara aktiviti-aktiviti yang dibuat termasuklah memasak, ikatan dan kecemasan,pertandingan kawad dan pertandingan malam kebudayaan.

Aktiviti memasak ini sememangnya merupakan satu aktiviti yang dinanti-nantikan oleh guru dan juga murid. Hal ini adalah kerana pada tahun ini, terdapat satu kelainan di mana murid perlu memasak sendiri menggunakan dapur kayu. Pelbagai reaksi dapat dilihat. Semua murid berasa gembira dengan aktiviti memasak ini.

Pertandingan kawad telah dilaksanakan di padang sekolah. Kesemua badan beruniform telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan ini. Dalam pertandingan kawad kaki, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah merangkul juara manakala Pengakap mendapat tempat kedua diikuti Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Puteri Islam dan Tunas Puteri.

Pertandingan malam kebudayaan telah dilakukan pada Jumaat malam. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada semua pihak termasuk ibu bapa murid dan penduduk sekitar sekolah. Kesemua unit tampil memberikan persembahan hebat mereka. Antara persembahan yang dipertandingkan termasuklah pentomin, lakonan, serta nyanyian. Keseluruhan malam kebudayaan ini telah dimenangi oleh Tunas Kadet Ramaja Sekolah diikuti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam, Tunas Puteri dan Pengakap. Tahniah diucapkan kepada semua peserta pertandingan.

Perkhemahan Badan Unit Beruniform 2014 ini merupakan satu aktiviti yang dapat membentuk disiplin murid dan memberi pengalaman yang bermakna kepada mereka.

Wednesday, March 5, 2014

TAKLIMAT KELAS MAYA

Taklimat  kelas maya diadakan pada Hari ahad, 2 Mac 2014  oleh wakil dari topIt . Taklimat ini diadakan pada pukul 2.00 pm hingga 4.00 pm. Semua guru dijemput hadir mendengar taklimat tersebut.

Wakil dari Topit mengajar tentang penggunaan Kelas maya, bagaimana hubungan antara komp[uter guru dan murid dan pelbagai lagi.

Akhir taklimat, wakil dari Topit dijemput ke jamuan ringan  oleh pihak sekolah.

Monday, February 17, 2014

MAJLIS PEMBAHAGIAN EBOOK

Pada 16 februari 2014(Ahad), berakhirnya sesi persekolahan, murid-murid dan ibu bapa ke Dewan SMK Belara dalam Majlis Pembahagian Ebook bagi murid Tahun 5 2013.

Sebanyak 6 buah sekolah yang terlibat iaitu SKDM, SKPM, SKTM, SKM, SKBK dan SKPB. Murid yang hadir adalah seramai 350 orang.

Majlis dirasmikan oleh wakil YAB Dato' Jailani Johari iaitu Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, En Zakaria b. Hussin.



Tuesday, February 11, 2014

TAKLIMAT DALAM PERKHIDMATAN (FROG VLE)

Wakil PKG- Cik Zakinah
Pada 11 februari 2014 (2.00 ptg)
Tempat: Makmal Komputer SK Durian Mas
Moderator: En. ....(SMK MANIR)
Hadir
Guru-guru & staf sekolah


Gambar akan diuploadkan kemudian.

Sunday, February 9, 2014

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS SEKOLAH

Pada hari ini iaitu 9 Februari 2014, Majlis Pelantikan Watikah diadakan di Tapak Perhimpunan SKDM. Pegawai polis dari Balai Polis Manir dijemput bagi memberikan ceramah berkenaan "Jenayah dan salah laku Pelajar Sekolah". Selepas perasmian upacara pelantikan dibuat kepada Pemgawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ketua dan penolong kelas.


GAmbar akan dimuat turun kemudian.

PROGRAM SENTUHAN KALBU

Program ini melibatkan murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6. Program ini diadakan pada Hari Khamis iaitu 6 Februari 2014. Tujuan program ini adalah untuk memotivasikan murid-murid supaya mempunyai kesedaran diri dan semangat yang tinggi bagi mencapai 5A dalam UPSR. Antara perjalanan Aktiviti ialah . Ceramah motivasi oleh penceramah jemputan , Pn Mashitah bt Yusof. Aktiviti luar turut diadakan oleh Pn.Mashitah yang mana mengaitkan aktiviti tersebut dengan kehidupan seharian murid-murud.

Pada sebelah malam, ibu bapa dijemput hadir bagi menjayakan aktiviti solat hajat bersama-sama.....

Gambar akan dimasukkan kemudian.

Monday, February 3, 2014

LARIAN MERENTAS DESA. KHAMIS

Pada hari Khamis, 30 Januari 2014, satu program merentas desa diadakan di SK Durian Mas.
Bermula senaman ringan di dataran perhimpunan sekolah yang mana laluan adalah mengikut tahap tertentu.


Thursday, January 23, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 23 Januari 2014

Seawal 8 pagi , perhimpunan diadakan di dataran perhimpunan SK Durian Mas , manir.
Semua murid berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Guru-guru, murid-murid dan semua yang terlibat memulakan perarakan ke Masjid Kg Padang Tengir.



Sesampainya di Masjid, murid-murid disambut oleh AJk MAsjid yang menyediakan sarapan pagi. Seterusnya , murid-murid mendengar ceramah dari Imam Masjid Al-Ikhlas, Kg Banggol Tuan Muda iaitu Ustaz  JAuzi bin Abdul RAhman. Ceramahnya berkisar tentang kehidupan Nabi bermula daripada kelahiran Nabi sehinggalah perkahwinana NAbi Muhammad S.A.W. Disamping menyelitkan isu semasa berkisar tentang akhlak muda-mudi zaman sekarang yang begitu mudah membelakangi ibu bapa semata-mata mengikut kekasih yang mana berakhir dengan kisah tragis digilis lori besar.


Selesai ceramah daripada Ustaz Jauzi, murid-murid diberikan kuiz berkenaan kisah hidup Nabi berkisar daripada ceramah Ustaz Jauzi sebelum itu. Berakhir kuiz, Murid-murid beransur untuk bertolak sekolah dengan sedikit kiriman cenderamata oleh pihak masjid.


Sesampai di sekolah , murid-murid berehar seketika , seterusnya diadakan pertandingan melukis dan mewarna.


Nota: GAmbar akan dimasukkan semula oleh jurugambar, kerana kesuntukan waktu.

Wednesday, January 22, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Memandangkan bantuan awal persekolahan diberikan kepada ibu bapa, sekolah mengambil insiatif mengadakan mesyuarat agung PIBG kali ke -18 pada 22 Januari 2014.Pendaftaran bermula.
 
Selepas pendaftaran, Mesyuarat agung PIBG bermula dengan agenda-agenda yang diperbincangkan. Antarnya perlantikan baru, kewangan dan sebagainya...
 
 
 

Wednesday, January 1, 2014

TAKLIMAT IBU BAPA

1 Januari merupakan bermulanya persekolahan bagi murid- murid SK Durian Mas dengan kendalian Guru Besar yang mana disertakan juga dengan staf-staf yang baru. Sempena hari pertama persekolahan Guru Besar mengadakan Taklimat kepada ibu bapa dalam Program Transisi.


Guru besar memberi taklimat kepeda ibu bapa


Ibu bapa khusyuk mendengar taklimat